7:09 AM

Pelamin Anganku...

Ijab dan kabul menyatukan pasangan,
Dirai meriah istiadat kenduri,
Bersanding di atas pelamin impian,

Pelengkap majlis si raja sehari.


Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga pasti inginkan sebuah majlis perkahwinan yang akan memberikan seribu satu kenangan pada hari bersejarah dalam kehid
upan mereka. Gerbang perkahwinan yang di impikan tidak akan lengkap jika pelamin untuk mereka meraikan ikatan bahagia, hambar dan tidak berkonsep. Kami sedia membantu anda dengan pelamin impian.

Rona Em
as



Emas lambang kemakmuran dan kemegahan. Pilihan warna Emas & Putih memberi satu elemen ekslusif.


Pelamin di reka khas untuk persandingan dalam rumah. Rona keemasan memberikan impak kepada pelamin ini dengan hiasan bunga paha klasik (Bunga Goyang).

Pelamin ini di serikan dengan rekaan bunga paha klasik campuran bunga goyang dan dip berperada keemasan. Nampak cukup Eksklusif.



Bunga paha dijadikan sebahagian daripada hiasan pelamin. Bunga paha di serikan dengan telur pindang.




Rona H
itam & Putih


Pelamin Rona Hitam & Putih di reka khas untuk resepsi ringkas di bawah kemah berbentuk Egypt. Konsep resepsi sederhana dengan padanan perak yang ekslusif.

Pelamin moden di serikan dengan warna kelabu dan perak memberi impak yang cukup menawan kepada pelamin impian anda. Di serikan dengan haruman bunga-bunga mawar putih menaikan seri gerbang perkahwinan raja sehari.



Mawar putih menjadi seri hiasan dengan tiang bercahaya memberi impak kepada seni hiasan pelamin.

Berlatar belakangan corak artistik hitam dan putih menjadi daya tarikan utama pelamin ini. Setiap tetamu yang datang pasti tak jemu melihat pelamin tersergam indah sebagai pelengkap majlis persandingan.




Rekaan bunga paha termasuk dalam pakej pelamin untuk melengkapkan seri hiasan pelamin.

Sebarang Pertanyaan email kepada kami:
senicomm@streamyx.com.

0 comments: